*Insyallah sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta yang menyertai program.
Sila right klik dan save as target banner di atas untuk mendapatkan pamplet program dalam bentuk pdf.
Sinopsis Winter Gathering
BACK TO ISLAM
Bencana pertama yang menimpa masyarakat dewasa ini ialah rosaknya Aqidah mereka, kerana masuknya unsur-unsur materialisme, yang menumbuhkan keraguan dan Athiesme dalam jiwa masyarakat. Waktu berlalu, tanpa disedari unsur-unsur materialisme itu telah bertindak menyebarkan pendapat-pendapat dan pengertian yang menyimpang dari agama. Akibatnya jiwa keagamaan menjadi goncang, dan dikhuatirkan akan tumbang setelah tumbuhnya fikiran-fikiran Athiesme dimana-mana.
Materialisme melancarkan serangan terhadap agama, dengan menyebarkan berita-berita yang mengejutkan, dan kadang-kadang mengemukakan ancaman kemiskinan yang menakutkan, dan kadang-kadang menyebarkan pendapat-pendapat yang menunjukkan keharusan lenyapnya agama dan umat beragama di permukaan muka bumi ini!
Akibat langsung dari kerosakkan Aqidah itu ialah rosaknya budi pekerti (Akhlak) masyarakat. Hal ini langsung melanda anggota-anggota masyarakat secara menyeluruh. Perbuatan yang keji dan mungkar kini telah tersebar luas. Fakta-fakta sejarah sudah cukup menjadi bukti yang meyakinkan bahawa sebab-sebab kejatuhan dan kemunduran sesuatu bangsa, tidak lain adalah kerana hawa nafsu, serta fikirannya terarah kepada kesenangan hidup dan kemewahan dunia! Tidak syak lagi hal ini berlaku secara umum di kalangan bangsa dunia, sebagai satu bencana.
" Bila kejahatan telah meluas dikalangan sesuatu bangsa, maka Allah akan menimpakan bencana yang meluas kepada mereka..!"
Dicelah-celah kerosakkan Aqidah dan Akhlak itu, bangsa-bangsa diseluruh dunia ini telah menyaksikan suatu silsilah yang gagal dalam segala bidang dan lapangan kehidupan manusia. Diantaranya;
A) DI BIDANG POLITIK (SIASIYYAH); Kita menyaksikan kegagalan demi kegagalan dan teori Nasionalisme dalam meneggakkan sesuatu bentuk yang bernama “KESATUAN”! Sampai dengan kesatuan antara dua daerah, yang penduduknya terdiri dari satu bangsa, keturunan dan satu nenek moyang.
B) DI BIDANG EKONOMI (IQTISADIYYAH) ; Kita melihat kegagalan dan teori-teori Kapitalisme dan Sosialisme , dalam usahanya membentuk masyarakat yang adil dan makmur..! Malahan teori Kapatalismae kini nampaknya mendatangkan bencana kepada ekonomi nasional, sehingga menjurus kepada kehancuran perdagangan dan kewangan di beberapa negara..!
C) SUASANA KELEMAHAN YANG MELANDA MASYARAKAT; Manusia yang dikatakan maju, kini nampaknya berada dalam suasana lemah rohaninya dan sangat naïf. Kebiasaan yang kini meluas dikalangan mereka, nampak berada dalam suasana yang menyimpang dan tidak stabil! Dan bencana ini hampir menimpa kemanusiaan di segala penujur dunia..!
Kalau kita renungkan, maka kita akan rasakan, bahawa masyarakat manusia ini tidaklah sampai kepada keadaannya yang sekarang ini secara kebetulan sahaja! Suasana yang terlantar ini adalah akibat tindakan manusia, yang cuba menyisihkan agama dan menyeleweng dari peraturan Ilahi (Nizamu’l-lahi) . Inilah akibat keberanian manusia mengingkari kedudukan agama sebagai pedoman hidup. Akhirnya, manusia yang dikatakan maju itu, sekarang nampaknya tergelincir kembali ke alam Jahiliyyah. (JAHILIYYAH MODEN!)
Dalam waktu ini tibalah saatnya kita kembali kepada Islam (BACK to ISLAM) sebagai pedoman hidup bagi manusia masa kini. Kita perlu menghilangkan tanggapan salah dikalangan masyarakat, bahawa Islam hanyalah agama untuk Ibadah, yang tidak ada hubungannya dengan kehidupan baik social, ekonomi dan politik. Oleh itu, sahutlah seruan “BACK to ISLAM”!!
Pakaian harian untuk 3 hari
Jaket tebal
Alat tulis
Ubat-ubatan persendirian
Alien Card dan Kenkou Hoken
Kain basahan
Pakaian riadah
Selepas tamat program winter gathering , akan diadakan Perhimpunan Agung IPIJ (PAI) yang merupakan acara tahunan IPIJ sebaik sahaja berakhirnya program winter gathering . Perhimpunan agung IPIJ ini merangkumi beberapa agenda penting IPIJ seperti ucapan dasar dari presiden IPIJ , pembentangan Laporan Biro dalam IPIJ untuk sepanjang tahun dan sebagainya . Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai perhimpunan ini , boleh menyatakan nya ketika mengisi borang pendaftaran . Kami mengalukan kehadiran sahabat-sahabat semua sama ada ahli IPIJ atau bukan ahli IPIJ . Harap maklum .







