Sinopsis Winter Gathering
BACK TO ISLAM
Bencana pertama yang menimpa masyarakat dewasa ini ialah rosaknya Aqidah mereka, kerana masuknya unsur-unsur materialisme, yang menumbuhkan keraguan dan Athiesme dalam jiwa masyarakat. Waktu berlalu, tanpa disedari unsur-unsur materialisme itu telah bertindak menyebarkan pendapat-pendapat dan pengertian yang menyimpang dari agama. Akibatnya jiwa keagamaan menjadi goncang, dan dikhuatirkan akan tumbang setelah tumbuhnya fikiran-fikiran Athiesme dimana-mana.
Materialisme melancarkan serangan terhadap agama, dengan menyebarkan berita-berita yang mengejutkan, dan kadang-kadang mengemukakan ancaman kemiskinan yang menakutkan, dan kadang-kadang menyebarkan pendapat-pendapat yang menunjukkan keharusan lenyapnya agama dan umat beragama di permukaan muka bumi ini!
Akibat langsung dari kerosakkan Aqidah itu ialah rosaknya budi pekerti (Akhlak) masyarakat. Hal ini langsung melanda anggota-anggota masyarakat secara menyeluruh. Perbuatan yang keji dan mungkar kini telah tersebar luas. Fakta-fakta sejarah sudah cukup menjadi bukti yang meyakinkan bahawa sebab-sebab kejatuhan dan kemunduran sesuatu bangsa, tidak lain adalah kerana hawa nafsu, serta fikirannya terarah kepada kesenangan hidup dan kemewahan dunia! Tidak syak lagi hal ini berlaku secara umum di kalangan bangsa dunia, sebagai satu bencana.
" Bila kejahatan telah meluas dikalangan sesuatu bangsa, maka Allah akan menimpakan bencana yang meluas kepada mereka..!"
Dicelah-celah kerosakkan Aqidah dan Akhlak itu, bangsa-bangsa diseluruh dunia ini telah menyaksikan suatu silsilah yang gagal dalam segala bidang dan lapangan kehidupan manusia. Diantaranya;
A) DI BIDANG POLITIK (SIASIYYAH); Kita menyaksikan kegagalan demi kegagalan dan teori Nasionalisme dalam meneggakkan sesuatu bentuk yang bernama “KESATUAN”! Sampai dengan kesatuan antara dua daerah, yang penduduknya terdiri dari satu bangsa, keturunan dan satu nenek moyang.
B) DI BIDANG EKONOMI (IQTISADIYYAH) ; Kita melihat kegagalan dan teori-teori Kapitalisme dan Sosialisme , dalam usahanya membentuk masyarakat yang adil dan makmur..! Malahan teori Kapatalismae kini nampaknya mendatangkan bencana kepada ekonomi nasional, sehingga menjurus kepada kehancuran perdagangan dan kewangan di beberapa negara..!
C) SUASANA KELEMAHAN YANG MELANDA MASYARAKAT; Manusia yang dikatakan maju, kini nampaknya berada dalam suasana lemah rohaninya dan sangat naïf. Kebiasaan yang kini meluas dikalangan mereka, nampak berada dalam suasana yang menyimpang dan tidak stabil! Dan bencana ini hampir menimpa kemanusiaan di segala penujur dunia..!
Kalau kita renungkan, maka kita akan rasakan, bahawa masyarakat manusia ini tidaklah sampai kepada keadaannya yang sekarang ini secara kebetulan sahaja! Suasana yang terlantar ini adalah akibat tindakan manusia, yang cuba menyisihkan agama dan menyeleweng dari peraturan Ilahi (Nizamu’l-lahi) . Inilah akibat keberanian manusia mengingkari kedudukan agama sebagai pedoman hidup. Akhirnya, manusia yang dikatakan maju itu, sekarang nampaknya tergelincir kembali ke alam Jahiliyyah. (JAHILIYYAH MODEN!)
Dalam waktu ini tibalah saatnya kita kembali kepada Islam (BACK to ISLAM) sebagai pedoman hidup bagi manusia masa kini. Kita perlu menghilangkan tanggapan salah dikalangan masyarakat, bahawa Islam hanyalah agama untuk Ibadah, yang tidak ada hubungannya dengan kehidupan baik social, ekonomi dan politik. Oleh itu, sahutlah seruan “BACK to ISLAM”!!
TELEGRAM BUAT PENCINTA ISLAM
Ya Allah, let the world be in my hand, not in my heart...
BACK to ISLAM
CINTA bagi para pencinta adalah kewajipan. Dengannya seluruh langit dan bumi tegak. Tidak akan masuk syurga, atau sekurang-kurangnya memperolehi kedekatan dengan-Nya kecuali dengan CINTA.
Akal tanpa cinta takkan sanggup berfikir.
Mata tanpa cinta takkan dapat melihat.
Langit tanpa cinta takkan dapat menurunkan hujan.
Taman tanpa cinta takkan dapat berbunga.
Bahtera tanpa cinta takkan dapat berlayar.
Dengan cinta, aliran-aliran sungai dapat bertemu.
Dengan cinta kesenangan menjadi kekal.
Dengan cinta bibir mengukir senyuman.
Bumi tanpa cinta bagaikan padang pasir.
Kebun tanpa cinta adalah sunyi.
Mata tanpa cinta adalah buta.
Telinga tanpa cinta itu tuli!
Cinta adalah sulaman antara kekasih.
Untaian ukhwah antara para sahabat.
Dengan cinta seorang ibu menyusukan anaknya.
Dengan cinta terjadilah persatuan.
Dengan cinta tersebarlah kedamaian.
Dengan cinta terciptalah kerukunan.
Rumah yang tegak bukan atas dasar cinta pastikan hancur. Bala tentera yang tidak membawa cinta pastikan kalah. Cinta teragung, cinta terhebat ialah CINTA AKAN ALLAH.
Jangan menangis dengan kisah cinta Lela Majnun, Romeo Juliet, tapi tangisi kisah para Anbiya', para shuhadak dalam pengembaraan mendamba CINTA ILAHI. Ceritakan kepadaku kisah mereka, kerana CINTA mereka kepada Yang MAHA ESA, sanggup meninggalkan segalanya.
Biarkan aku mengusap kelopak mataku.
Aku lupa keluargaku dan rasa sakitku dalam mencintai-MU.
Kerana mencintai-MU telah melalaikan aku dari dunia.
Cinta darjat pada Firaun, cinta harta pada Qarun, cintakan syurga pada pahlawan Sunnah. Cinta yang benar wujud dengan bersatunya muslimin dan muslimat, ikhwah dan akhwat, dengan keyakinan pada akidah, pegangan pada Al-Quran dan Sunnah.
"sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"
-Surah Al-Imran ayat 185
Ya Allah, let the world be in my hand, not in my heart...
BACK to ISLAM
Sedarkah kalian?
Duhai sahabat seakidahku,Pernahkah kalian sedar,
Kerna ekonomi jua,Israel mencengkam dunia.
Amerika juga gah berdiri asbab bijak memanipulasi pasca ekonomi.
Duhai teman seperjuanganku,
Adakah ekonomi sekular itu jawapan kepada sebuah pemulihan?
Adakah ekonomi kapitalisme itu
penyelesaian kepada pembaharuan dalam kemajuan?
"Mengapa perlu ekonomi dititikberatkan?"
"Usaha da'wah hanya memandang enteng pada
ekonomi.",getus seorang sahabatku.
Adakah di sana wujud kebenarannya??
Duhai sahabatku fikirlah dengan sebaik-baiknya,
celikkanlah mata hatimu,bukalah mindamu....
Dek ekonomi jua,rakyat Palestin menderita sengsara,
Kerna apa?Salah siapa?Salah diriku dan dirimu kerna tidak menyumbang derma?
Atau adakah salah pemerintah Palestin kerna tidak merancang ekonomi dengan landasan serta wacana ekonomi islam??
Dimanakah teras jawapannya.......
Duhai sahabat seakidahku,Pernahkah kalian sedar,
Kerna ekonomi jua,Israel mencengkam dunia.
Amerika juga gah berdiri asbab bijak memanipulasi pasca ekonomi.
Namun,
adakah kalian lupa,atau mungkin kita sendiri leka dan seringkali alpa,
Dilipatan sejarah lepas,
Tamadun islam juga pernah bertapak megah....
Kerna apa sahabatku?
Mahu yakin atau kurang percaya........Mungkin itulah yang terlakar di kamar pemikiran diriku dan dirimu sahabatku.....
KERNA...
EKONOMI ISLAM itu begitu indah.......
'it solves all problems, because all problems come from Allah,and ONLY HE knows what is best for His slaves..'
"BACK TO ISLAM"
Besama IPIJ kita mengasah ekonomi diri,
membuka kepompong pemikiran,
mengenal ekonomi global,
membuka kembali lipatan sejarah silam,
pasti dan pasti,tersirat pelbagai mesej indah,
kuntuman ibrah(pengajaran) buat pecinta-pecinta islam.
"BACK TO ISLAM"
through islam,IKITEIRU.
through islam,GAMBATTEIRU.
through islam,HAGENDEIRU.
through islam,TSEYOKU NARU.
INSYAALLAH :)







