Winter Gathering IPIJ merupakan salah satu program tahunan kami selain Golden Week Gathering, Summercamp dan Jalinan Ukhuwah. Kalau Summercamp IPIJ dengan Kursus Peningkatan Kefahamannya, Winter Gathering pula dengan Perhimpunan Agung IPIJnya.
Seperti program-program IPIJ yang lain, program Winter Gathering juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Program selalunya diselitkan dengan beberapa slot-slot professional dan kekeluargaan.
Tahun 2007 dengan tema BACK TO ISLAM, para peserta telah dicerahkan dengan input berkisar betapa pentingnya untuk kembali kepada Islam setelah melihat realiti dunia semasa.
Tahun ini, kami ingin memfokuskan kepada KUASA MAHASISWA!! Dan bukannya calang-calang mahasiswa, tetapi MAHASISWA ISLAM! Siapa mahasiswa Islam ini? Anda, saya dan kita. Anda tahu peranan yang dapat dimainkan oleh individu bergelar mahasiswa ini? Kuasa dan pengaruh mereka.
MAHASISWA yang akan mencorak masa depan negara! Dan juga dunia!
Tetapi, ingin bergelar MAHASISWA ISLAM yang cemerlang bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran dan realiti yang perlu ditempuhi. Apa cabaran-cabaran terbesar? Jom ke Winter Gathering di Toyama nanti. Dan apa penyelesaiannya? Winter Gathering.....
Anda mahu menjadi sekadar mahasiswa? Atau ingin bergelar THE MAHASISWA ISLAM?
The choice is yours. Bukan sahaja masa depan diri anda yang berada di tangan anda, tetapi masa depan dunia juga!
Anda tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti Winter Gathering kali ini. Kenapa? InsyaAllah, kami akan terbangkan khas seorang speaker yang akan memberi definisi baru apa itu THE MAHASISWA ISLAM.
Jadi, tunggu apa lagi. Jangan berrtangguh. DAFTAR SEKARANG!!! Klik di sini.
Untuk sebarang maklum balas, sila hubungi kami di aktiviti_ipij[@]yahoo.com. Kami bersedia untuk membantu anda.
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun 2008 ©2007 Snow Flakes. Designed by Free CSS Templates

